my buddies

23 November 2011

tertulis cinta jutawan untuk si pelacur





HYE!
kiss dulu before melalut. 
cerita ni aku main reka je weh. 
takde kene mengena ngan sesape au !

Korang semua pernah bayangkan kalau korang kaya raya?

Aku pernah, aku pernah! Syok wooooo

Yeke? Iyelah kot. Tak semua orang kaya hidup bahagia. Sorang jutawan ni, dia ada semuanya sekali tapi dia takde bini. Dia kenal dengan semua prempuan tapi tak berkenan. Dia bukan memilih tapi dia tak jumpa langsung perempuan yang betul-betul buat dia terpikat. Setiap hari dia akan menghabiskan masa untuk mencari calon isteri dan setiap malam membuat solat hajat supaya dihadiahkan isteri. Sorang demi sorang gadis malah janda. Semuanya Cuma nak kan harta dia.

Suatu haritu dia jumpa pengemis dan dia bertanyakan kalau-kalau ada anak gadis yang boleh dijadikan isterinya. Sampai macam tu sekali okay!

Makcik tu pelik takkanlah lelaki ini sanggup berbinikan anak pengemis tepi jalan macam dia tuh. Lelaki tu memang desperate. Makcik tu mangangguk sambil menunjukkan foto anak gadisnya. Tapi dia bilang bahawa anak dia mencari duit di kelab malam untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Lelaki tu sangat terkejut namun dia berkeras juga mahukan anak gadis si pengemis itu.

Dia ke kelab malam di kota raya untuk mencari gadis tersebut. Gadis itu kelihatan sedang menawarkan diri untuk dijamah sang jantan jantan yang dahagakannya. Lelaki itu cuba mendekati gadis itu. Perkara yang sama, gadis itu turut menawarkan diri terhadapnya. Taktau kenapa lelaki itu terus melamar gadis separuh bogel itu. Gila ke apa dia ni?


Aku tak mencintaimu. Tapi hatiku tergerak untuk mencarimu dan aku yakin bahawa kau adalah jodohku. Dan aku terima apa adanya.

Gadis itu tercengang dan membentak. Budak lelaki ni memang gila. Aku tak layak kawin. Aku tidak suci dan lelaki itu layak mendapat seorang gadis suci yang baik dan bukannya aku!

Tiba-tiba air mata dia mengalir. Dia lari pulang dan terjatuh tersepak anak batu. Lelaki itu mengejar dan menghantarnya ke hospital kerana kepala gadis tu berdarah teruk terhentak serpihan kaca di jalanan.

Sepanjang di hospital, lelaki itulah menjaganya. Dia dilayan seperti anak raja. Wad juga five star. Tak layak baginya tapi itulah dia dapat. Sepanjang di hospital lelaki itu membacakan buku-buku agama dan banyak menasihatinya. Hatinya keras, satu benda pun tak masuk. Baginya dia adalah sampah masyarakat dan tak layak menghadap dengan tuan punya angkasa.

Hari demi hari dia mengenali lelaki itu. Lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa untuk memilikinya. Dia Cuma seorang pelacur dan anak pengemis, mana layak untuk sang putera jutawan itu. Ah, tak mungkin. Jangan bermimpi di siang hari lah!

Dalam diam, gadis itu turut menyimpan perasaan terhadap si jutawan tetapi semua itu memang tak mungkin sama sekali. Setiap hari lelaki itu akan ke rumah mereka menghantar makanan dan menghalang si gadis untuk ke kelab malam. Baginya dia terlebih mampu untuk memberi mereka semua makan minum. Dan mereka hanya perlu duduk di rumah sahaja.

Semakin hari si gadis yang liar itu bertukar seratus peratus! Dia sering mendekatkan diri kepada-Nya. Dan mendapat petunjuk bahawa lelaki itulah akan menjadi teman hidupnya. Dia menangis adakah ini semua telah di aturkan oleh sang pencipta untuknya. Sekarang mereka hidup bahagia hinggalah sekarang dia sedang mngandungkan anak kelima si jutawan itu.
 Alhamdulillah J


 Moral : jangan kenal erti putus asa dan berusahalah kerana semuanya telah ditentukan oleh-Nya 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...