my buddies

15 November 2011

pari-pari berkepala tiga.

Malam itu gelap sangat. Sangat yang tersangatnyeee! Oh my hunny bunny. Aku jumpa SESUATU! Apakah sesuatu tuuuuu ?

Benda ni sangat ajaib. Termasuk dalam 10 keajaiban dunia. Aku terjumpa seorang perempuan yang sangat cantik indah tak terkata. Tapi dia freak. dia berkepala tiga. dan kecik macam buah strawberry. Pari-pari ke apa dia nih. tapi kenapa dia berkepala tiga?

Hai pari-pari comel yang weird gila. Adakah kau datang ke sini membawa hajat?
~YUP, aku di sini untuk menjadi pendamping-mu.~
Aku tak perlukan pendamping lah gilerr. Kang orang ingat aku bela saka plak, Kau nak bajet-bajet macam Mirmo Zibang ke hape?
~Aku enggan kau dilukakan. Aku juga enggan kau bersedih dan aku akan menyerang sesiapa yang cuba menyakitimu.~
ERRKK, ayat kau jangan nak skema sangat ah. Eh, walaupun kau ni comel tapi kau ni pelik tau tak! Aku ada ramai kawan. Kawan aku baik-baik. So, aku takkan sedih okayyy!
~Tak semua kawan kau boleh kau percayai. Mereka mungkin baik di depanmu. Tapi menikammu dari belakang. Kau terimalah aku sebagai pendampingmuuuu.~
PFFTTT! itu hak aku bodoh. Kau ni tahyul. 
Baik kau blah aahh! aku taknak kawan dengan kau fahamm! 
~Taknak.~
Itu dah jadi tugas aku kat bumi ni as manusia. 
Hidup tak sepertinya sempurna. Kalau sempurna apa gunanya syurga dan neraka. So kalau semua ada pendamping dapat hidup bahagia tanpa dosa, semua orang nak jadi jahat. Tak adil lah bagi orang-orang beriman LOL!
~Tapi aku takde kawan. Dan aku nak kawan dengan kau!~
Ugh, F lahhhh! 
(tunjuk jari tengah and tidur)

Besoknye aku takleh bangun. Berat sangat. Aku jerit takde siapa dengar. Padahal kawan aku kat sebelah je. Selalunya kalau aku jentik hidung dia, dia dah sedar. Tapi aku jerit macam guna Microphone pun dia still tak bangun.

Something was happened.

Errrkk, SI KENIT KEPALA TIGA!!!!

Weh bodoh, kau nak watpe ngan aku. 
Kau marah aku janganlah sampai buat macam ni. Tak bernafas dooohhh!
~Ehehehehe. Aku tahu kau akan memanggilku.~
(kali ni, tinggi sangat-sangat. rambut panjang, 
muka berdarah plus berlendir pandang kat aku)

WHAT THE......arrrggggghhhhhh!!!!!!!!
~Kau ni suka sangat mencarut. Haaa, ni makan dia!~
(love bite kat tengkuk aku)
argggghhhh, damn! Blah ahhh. Sakit doe. 
Aku taknak kawan ngan benda freak macam kau lah.
(duduk hujung katil membelakangi aku dan tunduk)
wehhhhh, kau ni menyeramkan lahh, Dah pukul 3pagi ni. 
Selalunya aku bangun on Fb or Skype ngan membe-membe aku doh.
(pandang ke arah aku dan beliakkan mata)
aaargghhhh! JANGAN PANDANG AKU! muke kau! OMG OMG!!
~Hmmm, kau betul-betul mengecewakan aku.~
Asal lak?
~Aku taknak kawan dengan kau. Kau bukan makhluk yang baik. Ingatlah sebelum mati, Jangan mengejar kebendaan dunia semata-mata.~
Hmmm, ape kau merepek?
~Kau manusia yang alpa. Kau bangun pagi bukan kerana ingin bertemu dengan-NYA. Dan kau juga tidak pernah menyeru namaNya apabila berlaku sesuatu. Kau tunggu sajelah azab kau di sana.~
oo emmm jjj...hmmm, Ya ALLAH!
isk isk iskkk. aku dah jauh dari MU. 
Tolonglah selamatkan aku diduniaMu yang sementara ini.

Esoknye benda pelik tuh tak muncul-muncul. 
Tapi lovebite dia still fresh lagi kat tengkuk aku.
Dalam hatiku, terima kasih ya Allah memberi hidayah kepadaku! Malunye, benda alah tu pun taknak kawan dengan aku. Ape-ape pun SYUKUR ALHAMDULILLAH!

THE END

p/s : kisah benar dari kawanku. tapi diolah dan ditokok tambah oleh aku. 
pari-pari kepala tiga tu cuma rekaan. wink wink ;))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...