my buddies

24 December 2010

kisah cinta Aku & Putera ZA

Pada suatu hari, sedang aku berjalan-jalan meredah hutan belantara persis Wonder Land. Tetiba aku ternampak seekor raksasa yang sangat gedek(besar). Raksaksa tersebut mengejar aku dengan rakusnya. Dia seolah-olah melihat aku seperti McD’s Prosperity Burger. Tanpa menghiraukan nafsu serakahnya, aku berlari-lari mendapatkan pertolongan.

Tetiba, aku tersepak dahan pokok krismas yang besar dahsyatnya. Aku sangat takut. Aku cuma berharap bahawa ada superhero yang akan membantuku. Dalam keadaan ketakutan, aku menoleh kebelakang. Raksasa tersebut menghampiriku dengan sekuntum senyuman yang tesangat manisnya.

‘Wow! Hensemnya raksasa tu’. Aku tersipu-sipu malu. Aku mengenyitkan mataku tanda aku sedang mengorat. Sedar tak sedar aku sudah berada dalam pelukannya. Rupa-rupanya, aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Dia memberiku sekuntum mawar merah dan memaksaku untuk memakan mawar merah tersebut. Tanda cintaku kepadanya, aku menurut permintaannya. Dia ketawa besar melihat aku menurut kemahuannya. Ketika itu aku sedar bahawa aku telah dipermainkan. Aku terus meludah mawar tersebut.

‘Shit , tak guna punya raksasa!’. Gerutus aku tanda marah. Walaupun aku tidak tahu maksud tersirat disebalik ketawa tersebut. Aku mencari akal untuk melarikan diri daripada pelukannya yang sangat kuat.

Semakin lama, nafasku semakin tersekat.

 Aku bertanya kepadanya, kenapa sanggup melakukan diriku seperti ini. Dia bilang , ‘Inilah kebesaran cintaku kepadamu, darling’. Oh, tak sangka dia sungguh romantik. Tapi, kenapa semakin lama aku rasa tulang rusuk kananku hampir bertemu tulang rusuk kiri. Sakitnya teramat sekali.

Aku menangis teresak-esak. Aku menjerit sekuat hati. Dia memintaku supaya bertahan. Aku menjerit. ‘Kepala dungu kau tahan ! aku nak mati dah ni bodoh..!’Dia ketawa lagi.

Kali ni ketawanya lebih besar. Sehingga dahan-dahan pokok krismas yang lain retak dan jatuh seperti salji. Sakitnya bukan kepalang. Dahlah sakit dengan pelukannya, malah sakit terhempap dahan pokok krismas pula. Raksasa ni memang tak guna.

Tanpa membuang masa, aku berdoa kepada tuhan supaya diberi jalan kemudahan untuk melepaskan diri. Tetiba, ada benda berkelip-kelip kat dalam poket dress aku. Aku hairan. Aku mengambil benda alah yang berkelip tu. Rupanya, loket pemata yang berwarna purple. macam blog sis Shea plak.

Setahu aku inilah Amethyst yang digembar-gemburkan tu. Orang kampung Astoka pernah bilang bahawa permata Amethyst ni mempunyai kuasa. Aku gembira sekali kerana sebentar lagi aku boleh melepaskan diri.

Tapi malangnya aku tidak reti menggunakannya. Aku cuba memicit, membuka, mengorek, memintal, malah aku turut menghalakan Amethyst ke arah wajah raksasa itu. Tapi tidak berhasil.

Ah, memang bodoh.cane nak gune mende alah nih? Lol. Mesti ade sumthing nih. Lau tak, takkan tetibe mende ni leh ade kat dalam poket aku laks?’. Ngomel aku sendirian.


Tetiba ada bendalir berwarna hijau jatuh di atas kepalaku. Baunya sangat dahsyat. Bodoh! Hingus dia. ‘Kau memang terlebih ajar dah nih’. Aku terus membaling Amethyst tu ke arah lobang hidungnya.

Tuuuuupppppp!

Tetiba raksasa tersebut menjadi kecil. Dan bertukar menjadi seorang jejaka yang tersangat hensemnya. Rupa-rupanya dialah Putera Astoka yang hilang tu. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Putera Zahiril Adzim. Ouh damn! Rupa-rupanya raksasa rupawan tu adalah Putera Zahiril Adzim. Aku menyesal kerana tidak menelan mawar merah tadi. Kerana katanya, sekiranya aku menelan mawar merah sehingga habis, dia akan kembali seperti asal.

Namun begitu, dia terus mengucupku dan berterima kasih kepadaku kerana telah menyelamatkannya dari sumpahan Nenek Kebayan. *blushing

Kami sama-sama terjun ke dalam bola putih untuk ke dunia nyata.


Danggggg!

Kepalaku sakit. Sakit  yang teramat sangat. Aku sudah pun berada di bawah katil. Ya ALLAH, rupa-rupanya aku bermimpi. Tapi didalam genggamanku seperti ada sesuatu. Adakah ianya Amethyst ???


Ek elehh, pendrive aku rupanya.  LOL


ouh , Putera Asoka ! HAHA




wait, korang pernah mimpi macam ni tak ? 
ke lebih dahsyat lagi haaa? share share la meh :)


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...