my buddies

01 December 2011

siapa budak misteri itu?

Ini KISAH BENAR. Budak tu kurus, kecil molek je badan dia. Muka sangat innocent dan agak comel. Tapi kenapa dia digelar budak misteri? Malah ada yang sampai trauma dengan budak tu.

gambar sekadar hiasan. 
aku takkan sesekali detak gambar budak tu actually 
btw, aku suka gamba ni. HardCore kan?? HAHA

okay back to story

Budak tu duduk sama level dengan bilik aku kat hostel. Bilik kami bertentangan tingkat10. Satu malam tu 2.30am lepas aku and the gang lepak dan bual-bual kosong kami semua dalam 4orang semuanya pergi ke toilet. Okay budak  tu pun ada, tengah bersugi. Means guna kayu sugi ! (bagi aku pelik.HAHA) Kami pun buat biasa biasa jelah kan. then dia pandang sorang demi sorang melalui cermin. Dia panggil kami kakak padahal sebaya. Dia tanya soalan pelik. Pasal solat. Lebih kurang mcm ni soalan dia.

Akak, kalau tetiba masa solat keluar angin (kentut), sah ke tak solat ye?

Kawan aku jawab jelah dengan slumber. Batallah and kena amek wudhuk balik. Lepas tu dia angguk. Kitorang pun balik bilik. And tak sedar langsung budak tu tetiba ada kat depan pintu bilik tenung kitorang lama giler. Sejak bila dia ikut kitorang? Sumpah tak perasan!

Kitorang tanya kenapa, then dia ulang soalan tadi balik. Tak puas hati agaknye. Pukul 3pagi time tu, Jangan nak seram sangatlah kan. kitorang suruh dia balik, dia tenung kitorang lama. Serius time tu bulu roma aku dah naik. Dia masuk bilik tetiba duduk atas katil then pandang je kitorang.

gamba sekadar hiasan

Tiba-tiba dia gelak. Then menangis pastu gelak balik. Aduhh aku memang nak menjerit jugak. Tapi mungkin dia ada masalah ke. Senior kitorang Tanya macam-macam soalan kat dia. Dia just diam jeee. Faham tak itu sangat menakutkan! Lepastu akak senior tak puas hati suruh dia mengucap. Dia pun mengucaplah macam biasa..sampai kat tengah 2kalimah syahadah tu dia kerutkan dahi then menangis! Errrrkk, siapa budak tu wehh?

Sampai pukul 4.30 pagi dia lepak. Lama juga pujuk dia balik bilik dia. Tapi dia taknak. Lastly sebab kitorang halau, baru dia balik. Kadang-kadang kena berkeras jugak baru jalan!

Esoknye pula kan, pagi-pagi buta dia duduk mencangkung kat depan bilik. Semua orang tak bangun lagi kot. WHATS WRONG WITH HER!

Setiap hari dia tanya soalan pelik-pelik pasal agama. Terutama pasal solat. Dia pernah tanya soalan macam ni kat kawan aku. 
‘akak, kalau hari ke-3 keluar darah (haid) maknanya tak boleh solat kan?’. 
soalan tu macam sangat pelik. Bukan ke hari pertama pun memang dah tak boleh solat? 

Hari minggu haritu aku balik rumah. Then balik je hostel dengar cerita ada sorang akak senior trauma sebab budak tu ketuk-ketuk pintu bilik dia. Time tu minggu balik kampung. Akak tu kampung dia kat Terengganu kot so dia sorang je tak balik. Akak tu buka pintu tapi budak tu renung je mata dia tak cakap apa-apa. Akak tu menjerit gila-gila sebab takut then tutup pintu. Lama lepas tu, dalam setengah jam dia bukaklah balik pintu sebab nak pegi toilet. Guess what? budak tu still ada kat depan pintu tenung dia lama. Peeeehhhh! Cuaknye kan?

Sekarang ni satu hostel kenal dia. Then sampai sekarang aku taktau kenapa dia macam tu. Lecturer pun selalu tanya pasal dia. Bagi aku dia sangat misteri dan selamanya misteri.

Ps : aku diselubungi MISTERI !

gambar ni takde kena mengena dengan whole of the story. aku just merindui mereka tersangatnye. TAPI, dorang pun duduk di hostel yang sama. jadi, berhati-hatilah sahabatku. korang mungkin turut akan diselubungi MISTERI...


23 November 2011

tertulis cinta jutawan untuk si pelacur





HYE!
kiss dulu before melalut. 
cerita ni aku main reka je weh. 
takde kene mengena ngan sesape au !

Korang semua pernah bayangkan kalau korang kaya raya?

Aku pernah, aku pernah! Syok wooooo

Yeke? Iyelah kot. Tak semua orang kaya hidup bahagia. Sorang jutawan ni, dia ada semuanya sekali tapi dia takde bini. Dia kenal dengan semua prempuan tapi tak berkenan. Dia bukan memilih tapi dia tak jumpa langsung perempuan yang betul-betul buat dia terpikat. Setiap hari dia akan menghabiskan masa untuk mencari calon isteri dan setiap malam membuat solat hajat supaya dihadiahkan isteri. Sorang demi sorang gadis malah janda. Semuanya Cuma nak kan harta dia.

Suatu haritu dia jumpa pengemis dan dia bertanyakan kalau-kalau ada anak gadis yang boleh dijadikan isterinya. Sampai macam tu sekali okay!

Makcik tu pelik takkanlah lelaki ini sanggup berbinikan anak pengemis tepi jalan macam dia tuh. Lelaki tu memang desperate. Makcik tu mangangguk sambil menunjukkan foto anak gadisnya. Tapi dia bilang bahawa anak dia mencari duit di kelab malam untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Lelaki tu sangat terkejut namun dia berkeras juga mahukan anak gadis si pengemis itu.

Dia ke kelab malam di kota raya untuk mencari gadis tersebut. Gadis itu kelihatan sedang menawarkan diri untuk dijamah sang jantan jantan yang dahagakannya. Lelaki itu cuba mendekati gadis itu. Perkara yang sama, gadis itu turut menawarkan diri terhadapnya. Taktau kenapa lelaki itu terus melamar gadis separuh bogel itu. Gila ke apa dia ni?


Aku tak mencintaimu. Tapi hatiku tergerak untuk mencarimu dan aku yakin bahawa kau adalah jodohku. Dan aku terima apa adanya.

Gadis itu tercengang dan membentak. Budak lelaki ni memang gila. Aku tak layak kawin. Aku tidak suci dan lelaki itu layak mendapat seorang gadis suci yang baik dan bukannya aku!

Tiba-tiba air mata dia mengalir. Dia lari pulang dan terjatuh tersepak anak batu. Lelaki itu mengejar dan menghantarnya ke hospital kerana kepala gadis tu berdarah teruk terhentak serpihan kaca di jalanan.

Sepanjang di hospital, lelaki itulah menjaganya. Dia dilayan seperti anak raja. Wad juga five star. Tak layak baginya tapi itulah dia dapat. Sepanjang di hospital lelaki itu membacakan buku-buku agama dan banyak menasihatinya. Hatinya keras, satu benda pun tak masuk. Baginya dia adalah sampah masyarakat dan tak layak menghadap dengan tuan punya angkasa.

Hari demi hari dia mengenali lelaki itu. Lelaki yang tak pernah kenal erti putus asa untuk memilikinya. Dia Cuma seorang pelacur dan anak pengemis, mana layak untuk sang putera jutawan itu. Ah, tak mungkin. Jangan bermimpi di siang hari lah!

Dalam diam, gadis itu turut menyimpan perasaan terhadap si jutawan tetapi semua itu memang tak mungkin sama sekali. Setiap hari lelaki itu akan ke rumah mereka menghantar makanan dan menghalang si gadis untuk ke kelab malam. Baginya dia terlebih mampu untuk memberi mereka semua makan minum. Dan mereka hanya perlu duduk di rumah sahaja.

Semakin hari si gadis yang liar itu bertukar seratus peratus! Dia sering mendekatkan diri kepada-Nya. Dan mendapat petunjuk bahawa lelaki itulah akan menjadi teman hidupnya. Dia menangis adakah ini semua telah di aturkan oleh sang pencipta untuknya. Sekarang mereka hidup bahagia hinggalah sekarang dia sedang mngandungkan anak kelima si jutawan itu.
 Alhamdulillah J


 Moral : jangan kenal erti putus asa dan berusahalah kerana semuanya telah ditentukan oleh-Nya 

15 November 2011

pari-pari berkepala tiga.

Malam itu gelap sangat. Sangat yang tersangatnyeee! Oh my hunny bunny. Aku jumpa SESUATU! Apakah sesuatu tuuuuu ?

Benda ni sangat ajaib. Termasuk dalam 10 keajaiban dunia. Aku terjumpa seorang perempuan yang sangat cantik indah tak terkata. Tapi dia freak. dia berkepala tiga. dan kecik macam buah strawberry. Pari-pari ke apa dia nih. tapi kenapa dia berkepala tiga?

Hai pari-pari comel yang weird gila. Adakah kau datang ke sini membawa hajat?
~YUP, aku di sini untuk menjadi pendamping-mu.~
Aku tak perlukan pendamping lah gilerr. Kang orang ingat aku bela saka plak, Kau nak bajet-bajet macam Mirmo Zibang ke hape?
~Aku enggan kau dilukakan. Aku juga enggan kau bersedih dan aku akan menyerang sesiapa yang cuba menyakitimu.~
ERRKK, ayat kau jangan nak skema sangat ah. Eh, walaupun kau ni comel tapi kau ni pelik tau tak! Aku ada ramai kawan. Kawan aku baik-baik. So, aku takkan sedih okayyy!
~Tak semua kawan kau boleh kau percayai. Mereka mungkin baik di depanmu. Tapi menikammu dari belakang. Kau terimalah aku sebagai pendampingmuuuu.~
PFFTTT! itu hak aku bodoh. Kau ni tahyul. 
Baik kau blah aahh! aku taknak kawan dengan kau fahamm! 
~Taknak.~
Itu dah jadi tugas aku kat bumi ni as manusia. 
Hidup tak sepertinya sempurna. Kalau sempurna apa gunanya syurga dan neraka. So kalau semua ada pendamping dapat hidup bahagia tanpa dosa, semua orang nak jadi jahat. Tak adil lah bagi orang-orang beriman LOL!
~Tapi aku takde kawan. Dan aku nak kawan dengan kau!~
Ugh, F lahhhh! 
(tunjuk jari tengah and tidur)

Besoknye aku takleh bangun. Berat sangat. Aku jerit takde siapa dengar. Padahal kawan aku kat sebelah je. Selalunya kalau aku jentik hidung dia, dia dah sedar. Tapi aku jerit macam guna Microphone pun dia still tak bangun.

Something was happened.

Errrkk, SI KENIT KEPALA TIGA!!!!

Weh bodoh, kau nak watpe ngan aku. 
Kau marah aku janganlah sampai buat macam ni. Tak bernafas dooohhh!
~Ehehehehe. Aku tahu kau akan memanggilku.~
(kali ni, tinggi sangat-sangat. rambut panjang, 
muka berdarah plus berlendir pandang kat aku)

WHAT THE......arrrggggghhhhhh!!!!!!!!
~Kau ni suka sangat mencarut. Haaa, ni makan dia!~
(love bite kat tengkuk aku)
argggghhhh, damn! Blah ahhh. Sakit doe. 
Aku taknak kawan ngan benda freak macam kau lah.
(duduk hujung katil membelakangi aku dan tunduk)
wehhhhh, kau ni menyeramkan lahh, Dah pukul 3pagi ni. 
Selalunya aku bangun on Fb or Skype ngan membe-membe aku doh.
(pandang ke arah aku dan beliakkan mata)
aaargghhhh! JANGAN PANDANG AKU! muke kau! OMG OMG!!
~Hmmm, kau betul-betul mengecewakan aku.~
Asal lak?
~Aku taknak kawan dengan kau. Kau bukan makhluk yang baik. Ingatlah sebelum mati, Jangan mengejar kebendaan dunia semata-mata.~
Hmmm, ape kau merepek?
~Kau manusia yang alpa. Kau bangun pagi bukan kerana ingin bertemu dengan-NYA. Dan kau juga tidak pernah menyeru namaNya apabila berlaku sesuatu. Kau tunggu sajelah azab kau di sana.~
oo emmm jjj...hmmm, Ya ALLAH!
isk isk iskkk. aku dah jauh dari MU. 
Tolonglah selamatkan aku diduniaMu yang sementara ini.

Esoknye benda pelik tuh tak muncul-muncul. 
Tapi lovebite dia still fresh lagi kat tengkuk aku.
Dalam hatiku, terima kasih ya Allah memberi hidayah kepadaku! Malunye, benda alah tu pun taknak kawan dengan aku. Ape-ape pun SYUKUR ALHAMDULILLAH!

THE END

p/s : kisah benar dari kawanku. tapi diolah dan ditokok tambah oleh aku. 
pari-pari kepala tiga tu cuma rekaan. wink wink ;))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...